Along Cham, Zila bercerai talak 1

Bukan senang nak kahwin dan bukan senang nak memperthankan jodoh perkahwinan dengan pasangan jika tidak benar-benar berusaha menjaganya, tabah dalam cabaran dan sabar dengan ujian. Setelah 6 tahun berumah tangga akhirnya pasangan selebriti Along Cham dan Zila terpaksan berpisah setelah Along melafazkan talak 1 di mahmakah semalam.

Along telah melafazkan talak satu itu di hadapan Hakim Syarie Abd Halim Abu Samah selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkan Along selaku plaintif, pagi ini. Along memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Abd Halim kemudian mensabitkan berlaku perceraian dengan talak satu dan memerintahkan Zila atau nama sebenarnya Nur Azilah Seeron, 28, menjalani tempoh edah selama tiga bulan, mendaftarkan perceraian mereka di pejabat agama daerah Petaling dan sijil nikah dibatalkan.

Sebelum ini, Along enggan memberikan sebarang komen berkaitan kejadian bekas isterinya yang ditangkap khalwat. Pasangan itu bernikah pada 23 Januari 2010 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Ahmad Danial berusia 5 tahun.



0 comments:

Post a Comment

www.flickr.com
More photos or video tagged with kahwin on Flickr