Isteri Ustaz Akhil Hayy Enggan Jumpa Waheeda


Biarpun kisah pergolakan rumah tangga penyanyi dan penceramah bebas, Akhil Hayy hebat diperkatakan namun, isterinya, Maizawati Zainal, 33, masih enggan menemui penyanyi Waheeda untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaian.

"Sepatutnya dia (Waheeda) yang datang berjumpa saya, bukannya saya yang jumpa dia. Nak jumpa pun sudah terlambat, sebab saya sudah pun memfailkan tuntutan cerai awal bulan ini.



"Sepatutnya datang berjumpa ketika mula-mula keluar cerita tentang hubungannya dengan suami saya, bukannya tunggu sampai perkara ini jadi meletup begini.

"Lagi pun, buat apa nak ungkit lagi perkara yang sudah berlaku dan tiada gunanya buka pekung serta mempersoalkan siapa yang perlu berjumpa siapa. Keputusan yang saya buat ini adalah yang terbaik untuk semua pihak dan meleraikan segala kekusutan," kata Maizawati ketika ditemui hari ini.

Akhil dan Waheeda menjadi perhatian media lantaran gosip tentang hubungan cintanya berlarutan sejak dua tahun lalu. Malah, menjadi semakin hangat diperkatakan apabila ada pihak mendakwa melihat kelibat mereka menonton wayang bersama dan bergambar di tepi pantai.

Menurut Maizawati, dia telah menunggu dan memerhati selama dua tahun iaitu sejak mula-mula gosip tentang percintaan Akhil dan Waheeda diperkatakan.

Keputusannya untuk bercerai telah dimaklumkan kepada Akhil menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kerana gagal menghubungi dan berbincang dengan suaminya itu.



Tambahnya, setiap pergaulan mempunyai batas dan sebagai seorang wanita seharusnya dia (Waheeda) mengetahui batasan pergaulan dengan seorang yang bergelar suami orang.

"Lelaki yang dia sentiasa bersama itu adalah suami orang dan sudah ada anak-anak. Sebagai isteri, saya hanya memerhati dari jauh. Namun, apabila mendapati ada perempuan lain selalu berjumpa dengan suami, saya terfikir wajarkah perempuan lain yang tiada sebarang ikatan sentiasa bersama suami saya," kata Maizawati pada program Wanita Hari Ini, di Sri Pentas, Bandar Utama di sini.

Mengulas tentang gosip yang mengatakan suaminya telah berkahwin dengan penyanyi Waheeda, kata Maizawati, selagi tiada bukti dia tidak mahu mempercayai sebarang dakwaan.

Walaupun telah memfailkan tuntutan cerai, Maizawati tidak menafikan bahawa dia masih menyayangi suaminya itu.

"Dia seorang suami yang sangat baik dan hubungan saya dengan dia memang tiada masalah. Cuma selepas saya beri keizinan untuk dia berkahwin lain pada Februari lalu dia langsung tidak pulang dan tidak menghubungi saya," katanya.

Kes tuntutan perceraiannya akan dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh, Perak pada 2 Jun depan.

1 comments:

  1. Poligami adalah dituntut dalam Islam. Sungguh pun begitu Poligami memerlukan ilmu yang mendalam dari seseorang itu khususnya sisuami dan juga isteri isteri yang terlibat. Ia bermula dari saat keingginan pada kali pertama dari suami dan hendaklah diiringi bersama sama dengan isteri pertama dan diikuti dengan bakal isteri yang kedua. Kegagalan ini berpunca dari Ustaz Akhil Hayy kerana ia tidak bersikap jujur kepada isterinya.Jika berlaku perceraian maka itulah yang dimurkai Allah walau pun ia halal. Seipa yang dimurkai Allah maka kita akan megalami kepayahan dalam hidup kita kerana kita telah melakukan kezaliman kepada mereka yang tidak bersalah.
    Wallahullam

    ReplyDelete

www.flickr.com
More photos or video tagged with kahwin on Flickr