Zamarul, Diana Nikah - Belanja Ratus Ribu





















Ikatan percintaan selama lapan tahun antara pelakon Zamarulhisham Mohamed dan Diana Rafar akhirnya terpateri di jinjang pelamin apabila pasangan itu selamat diijabkabulkan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini.


Pasangan tersebut dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah masjid berkenaan, Khairuddin Haiyon setelah diwakilkan oleh abang kandung Diana, Airul Azmi, tepat pukul 10.30 pagi.
Dengan sekali lafaz, Zamarul, 38, yang juga duda anak dua, sah bergelar suami kepada Diana atau nama sebenarnya Adriana Abd. Rafar, 27, dengan mas kahwin RM165 pada majlis yang dihadiri lebih 100 ahli keluarga terdekat.

Pasangan mempelai kemudian bertukar-tukar hantaran iaitu tujuh dulang daripada Zamarul termasuk wang hantaran RM16,500, sebentuk cincin dan set wangian. Diana membalas dengan sembilan dulang hantaran.

Ketika ditemui selepas itu, kedua-duanya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana semuanya berjalan lancar.

‘‘Syukur alhamdulillah selepas lapan tahun mengharungi pelbagai dugaan, akhirnya kami disatukan dengan ikatan pernikahan.
‘‘Saya harap hubungan kami sebagai suami isteri ini akan berkekalan selamanya,’’ kata Zamarul.

www.flickr.com
More photos or video tagged with kahwin on Flickr