Berapa umur sesuai untuk kahwin?

Kahwin lah kamu, kerana perkahwinan itu dapat mengelakkan diri dari perbuatan keji dan mungkar. Itulah salah satu kebaikan berkahwin, namun berapakah umur yang sesuai untuk sebuah perkahwinan?

Mungkin ada yang kahwin diusia muda, ada plak yang kahwin diusia agak tua. Ada pulak orang muda yang kahwin orang tua, macam-macam.
Bagi seorang lelaki, mungkin tidak sama kesuaiannya untuk berkahwin jika dibanding dengan wanita.

Orang tua-tua selalu kata, bagi lelaki umur yang sesuai untu kahwin adalah antara usia 25-33 tahun. Tapi bagi perempuan pulak kata mereka antara 20-26 tahun. Itu masa paling ideal bagi pasangan, jika ekonomi dah ok laaa...

Bagi lelaki, jika umur lebih 30 tahun itu biasa, tapi tidak bagi perempuan. Biasanya, bila perempuan itu dah mencecah angka 30 dan belum kahwin, ia sebenarnya sudah agak lewat, bukan tak boleh kahwin, tapi agak lewat.

Bagi perempuan yang kahwin umur 20 tahun tu biasa, tapi bagi lelaki, jika kahwin pada umur 20, tu namanyer gateeee... sebab masa tu belum ada ekonomi yang kukuh untuk rumahtangga. Nak kasi duit hantaran pun tak cukup.

Bagaimana pulak pandangan anda?

40 comments:

  1. pd pndpt sy, kwin muda lbih baik drpd mlakukan maksiat. sekarang banyak kes anak luar nikah. jika dibandingkan gelaran pengantin muda dengan penzina, glaran pngntin muda lebih baik. ksmpulannya, kwin muda ok jew klu pndai mrancang.

    ReplyDelete
  2. pndapat sy,kawin time usia muda mmg bnyak kebaikkan..kita sendiri pon tahu sbb apa,so salah satunya nk cegah maksiat..umur sesuai utk lelaki 24-30,kalo bg perempuan plak sy cadangkan 20-25..orait,cmni kalo yg nk kawin time usia muda 2 jgn la terburu-buru k,pikir dulu,rancang dulu dn sbgainya..kalo yg si lelaki yg gatee nk menikah 2 kukuhla dulu ekonomi tu (makesure ada pekerjaan tetap)..nnt senang..xkn pas kawin xnk honeymoon mana2 kot,tol x??cian si istri tu..hehehe,sya mmg sokong kalo kawin muda,yg penting pandai merancang!!ingt yg penting EKONOMI

    ReplyDelete
  3. Maksud muda tu bukan nyer baru lepas SPM terus kawin. Yang paling baik macam komen no.2 tu kata, lelaki 24-30, perempuan, 20-25. Kalau umur 19 atau 20 tu terlalu muda, memang tak sesuai.

    ReplyDelete
  4. kahwin gantung aja...janji halal

    ReplyDelete
  5. saya umur bru 16 nk kwen jgk bleh x?
    sbb sya x snggup trma mcm2 ujian..
    sya syg kekasih sya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. At least dapatkan kerja dulu la dik, 16 tahun ni muda sgt. kawen ni mcm2 nk kene fikir taw dik. at least ada kerja ok la eh..

      Delete
  6. kpd izzat,
    nikah kihtbah itu bagus dn tiket halal utk ber-couple. Sudah sedia maklum, couple mmg haram. boleh jadi halal dgn cara bernikah.
    tapi adik baru 16 tahun kan? mungkin adik bole cuba banyakkan berpuasa sunat utk cuba tahan nafsu.spt tgk aurat wanita. semua tu nafsu kan? pada pndgn sy, nikah adalah yg terakhir skiranya nafsu sudah tidak dpt dibendung lagi.
    tp jgn slah paham, nikah bukan kerana Nafsu..Wallahua'lam

    ReplyDelete
  7. erm.. soalan..
    situasi :
    skrg saya umur 20 (lelaki), dan kekasih saya umur 22 jadi pada umur brape sesuai kawen? kami takut klu lmbt sgt menjadi sukar utk si dia mendapat anak

    p/s: kami berdua grad insya allah pada masa yg sama, saya akan berumur 23 dan dier berumur 25

    ReplyDelete
  8. assalammualaikum,saya umur 19,kekasih saya 27,dan dia ada kerjaya,tp masalahnya skg,ibubapa saya yg masih mnganggap lg yg saya masih terlalu muda utk berkahwin,tp sy tetap nak berkahwin,dan skg sy masih berlajar,sy bercadang nak kahwin hujung tahun ini,hbis exam sy..jd apa pndapat kamu?

    ReplyDelete
  9. Kahwin muda memang baik tapi jangan terlalu muda. Umur ideal bagi lelaki 25-33 tahun dan umur ideal perempuan adalah 20-26 tahun. Dan biasanya pada peringkat umur ini ekonomi dah boleh diuruskan sendiri dan diri kita lebih matang.

    Kalau umur lelaki 16 tahun, 19 tahun dah nak kahwin, rasanya tak berapa sesuai kerana selain takut kehilangan pasangan, perlu juga difikirkan ekonomi untuk menguruskan rumahtangga dan kematangan untuk bersedia sebagai suami. Jangan hanya berkata sayang kepada kekasih, takut kehilangan dia sahaja tetapi perkara lain belum bersedia.

    Dari segi nak dapat anak, perempuan umur ideal maksimum untuk perolehi baby adalah 40 tahun. Jadi tiasa alasan kalau pasangan anda baru berumur 25-30 tahun.

    Fikirkan apa yg. akan berlaku jika kita belum bersedia menjadi suami isteri diumur muda ini. Nafsu sentiasa mendesak manusia untuk berkahwin tanpa mengira persediaan diri. Fikirkan....

    ReplyDelete
  10. umur sy 25 perempuan..hbes master taun ni,tp xde keje lg..sy nk kawen,tp ade pendpt suh bls jasa ibu tiri dulu....huhhu..sedehnye...

    ReplyDelete
  11. Habiskan master dulu, sambil cari kerja boleh rancang untuk kahwin. Umur 25 thn bagi perempuan sedang elok untuk berkahwin. Anda boleh bantu ibu anda bila dah ada keje nanti. Teruskan membantu ibu anda walaupun selepas kahwin. Tidak bermakna bila anda dah kahwin anda tidak boleh bantu. Jelaskan kepada bakal suami tentang perkara ini awal2. Yang penting be positive dan doakan yg terbaik.

    ReplyDelete
  12. Umur saya 25,tunang saya dah kerja dan saya masih belajar baru nak masuk tahun kedua dlm bidang pendidikan,tapi emk tunang saya cakap,suruh saya kerja dulu baru kahwin,dari pndgn dy perempuan kalo dah kahwin ssh nk dpt krja,pandangan

    ReplyDelete
  13. Yang baiknya anda perlu habiskan pengajian dahulu sebelum berkahwin, sebab bila dah kahwin komitmen dah makin bertambah, takut anda tak tahan hingga menggangu pengajian. Habiskan satu-satu dahulu. Ada baiknya juga kata-kata emak tunang anda tu, sebenarnya bukan kerja yang dia bimbang anda tak dapat, tapi pengajian tu. Satu perkara yg penting dlm perkahwinan, restu orang tua amat-amat penting...

    ReplyDelete
  14. sy umur 28tahun...pasangan 26tahun...tapi die xready nk kwen sebba nk kukuhkan business...dah leawt nk kawen nie...sedihnye tgk kwn2 sume dah kwen...dah ade anak pon dorang...semoga pasangan sy cepat2 nk kwen..

    ReplyDelete
  15. Lesya, kalau ikut umur tu memang dah elok berkahwin, tapi jika belum bersedia, elok ikatkan tali pertunangan dulu kalau masih belum bertunang. Ikatkan pertunangan setahun atau setahun lebih, dlm tempoh tu mungkin bisness sudah stabil. Cuma satu jer, jgn tunggu semuanya perfect baru nak kahwin.

    ReplyDelete
  16. Salam.
    Saya berumur 19 tahun dan in shaa Allah akan melanjutkan pelajaran ke luar negara jika lepas cut off point persediaan . Adakah sesuai utk saya :
    1. bertunang pada umur 20 dan berkahwin lepas grad (24 tahun)
    2. Berkahwin sebelum terbang ke luar negara (umur 20 tahun)
    3. Fokus terlebih dahulu pd pelajaran dan berkahwin selepas grad
    Saya sudah berkawan sejak tingkatan 1 dan hanya menginginkan hubungan yang sah.
    Namun sy sedar sy masih muda dan masih belum kukuh. Cuma kata org yg halal itu akan membawa barakah. Mohon pandangan tuan. Thanks in advance :)

    ReplyDelete
  17. Terima kasih kepada Muda yg bertanya.
    Umur 19 thn adalah terlalu muda kepada lelaki utk berkahwin. Pandangan kami, anda pilihlah no.3 iaitu fokus dahulu kepada pelajaran, kerana pelajaran akan memberi masa depan yg lebih cerah. anda mungkin ambil masa 4 tahun untuk tamatkan pengajian, kemudian pulang ke tanah air, bekerja dan boleh mula berumah tangga.
    Saya amat percaya pasangan anda juga seusia dengan anda, dia juga mungkin nak sambung pengajian dan sebagainya. Jika anda benar2 inginkan pasangan anda, buat berjanji lah pada dia bahawa anda akan melamarnya bila dah berjaya nanti.

    Harap dapat membantu pandangan tersebut.

    ReplyDelete
  18. Salam..
    nak tanya, sy perempuan umur 20 . masih belajar.
    Sy ada berkenan pd seorang ust ni.. emak sy pun suka kan dia. sy harap dia dpt bimbing sy dan keluarga.. and sy dah pun buat solat sunat istikharah.. tpi ustaz tu tatau pun . Minta pandangan tuan :)
    terima kasih..

    ReplyDelete
  19. Terima kasih atas soalan anda. Umur 20 tahun bagi seorang perempuan tu memang dah boleh berkahwin, dan anda telah solat istikharah. Jika pentunjuknya baik maka, mungkin itulah jodoh anda. Adakah ustaz itu telah berkerja dan ada ekonomi yg mampu utk berkahwin? Jika begitu, anda perlu maklumkankan pihak keluarga pihak lelaki melalui keluarga anda (sembang orang tua-tua) secara tidak rasmi dulu. Sebaiknya aturan itu disusun mementara diri anda habis belajar, sebab kahwin waktu belajar ni dugaannya amat berat.

    Tiada istilah perigi mencari timba sekarang ni, jika dah berkenan dan dah bersedia anda kena bagi tahu, nanti terlambat, susah.

    ReplyDelete
  20. Salam. Nk tumpang tnya. Sy perempuan umur 19 skrng ni. Katakan klau sy kahwin umur 20 bleh? Umur pakwe sy sebaya ngan sy skrng ni. Kebetulan mcm ni pakwe tgh praktikal so lepastu dye msuk balik kolej. Sy dgn dye sama kolej n kos laen2 (amik peringkat sijil). Sy pon tgh praktikal jgk skrng ni. Lps tu sy dh abis bljr kt kolej. Kebetulan dye abis kolej bulan 8 taun dpn n sy pula abis kolej bulan 10 ni (klau sy lps abis praktikal). Lps tu kebetulan kita org nk sambung diploma sama2 kt polisas samada poli pd sebenarnya. (kita org nk sambung dip susah masalahnya.) Sbb dye kata dye nk msuk poli bulan 12 taun dpn. (sbb dye nk bkak kdai niaga elektrik sendiri buat sementara waktu lps abis kolej ni.) Sy pula kebetulan nk msuk poli bulan 9 kot taun dpn. Tpi sy cadang kt dye nk msuk poli sama2 bulan 9. Tpi dye kata dye nk bkak kedai letrik wt sementara lps dye abis kolej nnt. Bayang kn klau sy sambung dip kt poli pd n dye plak sambung dip kt polisas lagi ssah sy nk jmp dye n berpisah dye. Tpi klau nk kawen mcm mne. Nnt sy tkot risau klau xdpt msuk poli sama2. So bleh sape2 beri cadangan atau penjelasan pd saya?

    ReplyDelete
  21. Umur anda berdua masih muda untuk berkahwin, lagi pun kedudukan ekonomi masih belum stabil, tgh belajar byk nak pakai duit. Nasihat saya, tumpukan pada pelajaran dahulu, tamatkan sijir, diploma anda dulu, dapatkan pekerjaan kemudian baru merancang untuk berkahwin.

    Jangan anggap kahwin itu mudah dan seronok jer, sebab selepas kahwin lagi banyak tanggungjawab yang perlu dipikul.
    Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Advice dia nikah gantung la.. dorang da "gatal" da tu, kang dripada berzina lagi teruk. Nanti lepas kahwin pndai2 la mereka nk hidup, stay dgn parent dulu ke sblum dpt kerja.. yang penting ada effort n rajin kerja!

      Delete
    2. Saye laleki umur saye 20 sesuai tak klu saye kawin dengn umur 21..saye dah ada krja sendiri dah dengan syarikt emk ayah saye..tapi diorang tak kasi kawin..

      Delete
  22. Kalau dah ada pekerjaan dan boleh menyara keluarga, boleh berkahwin dengan perempuan yg umur lebih dari lelaki. Yang paling utama adalah bagaimana kita nak meneruskankan rumahtanggan dengan baik selepas berkahwin nanti. Jika anda rasa mampu dan sudah bersedia, tak der masalah. Cuma mereka tak benarkan anda kahwin tu sebenarnya apa puncanya. Anda perlu cari puncanya, sama ada kerana faktor, umur, ekonomi ataupun pasangan anda. Dari situ anda cuba cari jalan apa tindakan seterusnya. TQ

    ReplyDelete
  23. Saye ni umur 20thn. Keje dh ade tgh mgupul duit...bakal isteri lebih tua 10 thn dari saye...saye mencintai dan menyayanginya kerana sifat2 baiknya...agak2 sesuai x kalau nikah tahun depan

    ReplyDelete
  24. Pandangan saya perbezaan umur tidak menjadi masalah jika bezanya tidak ketara asalkan sama2 saling cinta dan ada kemampuan untuk berkahwin. Bagi kes anda, jika anda dan benar2 bersedia dan mampu dari sudut kewangan, maka elok dilangsungkan. Tetapi sebelum itu, adakah anda telah solat istikharah tentang calon pilihan anda? Satu perkara yang penting anda perlu fikirkan ialah kemampuan ekonomi anda selepas kahwin. Jangan fikirkan perbelanjaan kahwin sahaja, elok difikirkan juga kemampuan selepas kahwin. Kalau semua ok, maka langsungkan perkahwinan anda. Ramai orang berfikir untuk kahwin tetapi tidak ramai yang berfikir kehidupan selepas kahwin dengan cermat. terima kasih.

    ReplyDelete
  25. assalamualaikum...saya syafiqa umur skrg 19 tahun..n pasangan saya umur 23...pasangan saya ade berhajat ingin bertunang dgn saya sebelom dye pergi ke singapore..ketika tu usia saya baru 20 tahun ..n pasangan saye berumur 24 tahun...dan dye jugak ade berhajat ingin bernikah selepas dye pulang dri singapore ..ketika usia saya 21 tahun...dye sanggup buatkan satu akaun untuk kami menyimpan same2 sebulan rm1000..kad tu dye suruh saya yg pegang takut2 saya tak percaya kan dye...saya bersyukur krana dye ade berhajat seperti itu..tapi masalah yg saya hadapi skrg nie..keluarga saya masih belom bersedia dgn keputusan saya yg ingin bernikah awal..ketika usia 21 tahun...malah skarang nak kenall kan dgn parents pon dgn sape saya berkawan...mereka still berkata belom masa nye lagi nak bawak kenalkan dgn mak ayah...terutama sekali my mom ..adik beradik saya semua dah kenal dgn sape saye berkawan..malah ade yg sampai jumpe depan2 cyte perkara sebenar tentang fmly saya...terus terang saya cakap..saya dgn pasangan saya tidak pernah merasa kehangatan bercinta seprti pasangan2 lain..keluar berdating g lepak minum jrg sekali..terhalang dri parents saya...jumpe pon dekat tempat keje..sbb kami berkerja dibawah satu bumbung...tapi pasangan saya terima seadanya..sampai satu tahap dye berkata..dye sayangkan saya..dye faham situasi saya macam mane..cuma dye ingatkan saya ... saya kene mainkan peranan ..mcm mane nak menjage hati dye...nak bahagiakan dye..even saya susah nak jumpe dgn dye...n jgn terlalu jage kan hati org n ikutkan rentak org lain sampai kite kehilangan org yg kite sayang..n org yg terrlalu syg kan kite...n terlalu bnyak sabar dgn kite... lepas dye ckp mcm tu...saya terus terpaku sampai tak tahu nak balas ape yg dye ckp..tolng bantu saya menyelesaikan masalh nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalah anda ni berkaitan keluarga. Anda kena selesaikan dahulu dengan orang tua anda dengan cara yang bijaksana. Anda perlu tahu, mengapa mereka tak bagi kahwin lagi, sebab umur ker? atau sebab lain. Umur anda pun masih muda, mungkin bila sampai 24 atau 25 mereka benarkan, kalau disebabkan faktor umur. Anda kenal dengan parents anda, cari jalan bagaimana boleh melembut hati mereka untuk tunaikan hajat anda. TQ

      Delete
  26. Salam. Nak tanya pendapat. Umur saya 26 tahun, sudah bekerja. Dan pasangan saya sebaya, 26 tahun dan juga sudah bekerja. Dia sudah memiliki rumah dan kereta. Persoalannya, benar atau tidak bahawa lelaki tidak sesuai berkahwin dengan pasangan yang sebaya atau lebih tua? Dan sebaiknya lelaki patut berkahwin dengan wanita lebih muda? Saya nak tahu, apa rasional kepada pendapat berkenaan? Persoalan ini berlaku apabila pasangan saya bertanyakan hal ini pada orang yang lebih tua. Rata2 daripada mereka mencadangkan lelaki lebih bagus berkahwin dengan wanita lebih muda. Saya tak pasti kenapa ramai berpendapat begitu dan apakah rasionalnya? Adakah ianya atas sebab kesuburan wanita tersebut?

    ReplyDelete
  27. Terima kasih kerana bertanya. Pertama sekali tahniah kerana kita perlu buka minda dang jangan sempitkan dengan kefahaman yang tiada asas. Umur berkahwin ni kebiasaanya dalam masyarakat kita memang perempuan lebih muda dari lelaki. Namun, jika sebaya atau perempuan itu lebih tua, ia tidak mendatangkan kesalahan. Ramai dikalangan pasangan yg berkahwin perempuan lebih tua dari lelaki dan bahagia hidup mereka. Mungkin dari segi rasionalnya betul, mengikut kajian barat faktor kesuburan mungkin berkurang bila wanita mencecah umur 45 tahun, tapi anda punya banyak masa untuk mendapatkan zuriat setelah berkahwin. Jadi tidak ada masalah, bahkan penulis sendiri pun kahwin dengan pasangan yg sebaya pada umur 26 thn dan kini ada 5 cahaya mata. Moga dapat manfaat.

    ReplyDelete
  28. Saya berumur 18 tahun, pasangan saya berumur 30 tahun, berkerjaya, dengan ekonomi yang agak stabil kami merancang untuk berkahwin pada umur saya 20 tahun. Saya anggarkan saya graduate pada umur 23 tahun. saya terfikir macam mana saya nak jalankan tanggungjawab sebgai seorang isteri, menjaga suami. Bagimana pula jika lokasi belajar saya jauh daripada suami? Adakah saya patut bertunang dahulu pada umur 20 dan berkahwin pada umur 23? Tapi saya kesiankan si pasangan terpaksa menunggu dengan umurnya yang kian meningkat. Ya, lelaki tidak ada masalah untuk berkahwin pada umur 33 tahun, tapi pasangan mahukan ikatan yang sah dan halal. Adakah saya harus biarkan dia menunggu atau berkahwin dengan pasangan?

    ReplyDelete
  29. Pertama sekali apa pandangan keluarga anda? Dapatkan pandangan orang tua anda dahulu kerana perkahwinan memerlukan restu mereka. Anda masih belajar dan pasangan dah bekerja. Usia anda agak muda dan masih ada masa, begitu juga pihak lelaki. Jika ibu bapa merestui anda berkahwin pada ketika anda masih belajar, maka anda turuti nasihat mereka.
    Satu perkara yg. anda perlu fikir adalah bagaimana situasi anda nanti bila sudah berkahwin sedangkan anda masih belajar, bagaimana jika anda pregnant, mungkin pengajian terpaksa ditangguh dan mungkin lebih 2 tahun utk anda tamatkan pengajian. Semua itu perlu difikirkan sekarang, jika anda sanggup hadapinya, tidak mengapa, tetapi jika sebaliknya, fikirkanlah yg. terbaik. Yang penting restu kedua orang tua itu amat penting.

    ReplyDelete
  30. assalamualaikum encik. saya berumur 21 tahun , dan pasangan perempuan saya umur sebaya dengan saya. sama2 baru habis belajar. saya masih keliru , samada nak sambung belajar atau kerja terus untuk stabilkan ekonomi dan wang untuk kahwin. jika saya sambung belajar , 3 tahun saya akan gadaikan masa. masalah saya sekarang ini , saya sedang mementingkan kesuburan pasangan saya. adakah umur 25 ke atas susah untuk dapat zuriat? dan dalam lingkungan berapakah umur yg saya harus berkahwin setelah habis belajar ( 3 tahun ). kerana selepas habis belajar , tidak semestinya dapat pekerjaan terus.. saya inginkan pendapat dari tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Saudara Firdaus, maaf saya rasa terpanggil untuk memberi pendapat. Bagi pendapat saya, saya nasihatkan saudara sambung belajar dahulu untuk 3 tahun, dan bekerja seperti yang dicadangkan oleh Tuan Meor. Benar seperti yang Tuan Meor katakan. Kemungkinan saudara mengalami kesulitan untuk menamatkan pengajian saudara setelah sambung belajar sangat tinggi. Rata-rata teman-teman sekerja saya yang kebayakannya terdiri daripada kaum lelaki sering mengalami masalah ini. Mereka berkahwin sewaktu mereka sedang menyambung pengajian, dan selepas berkahwin, pengajian mereka terkandas akibat masa yang tidak mencukupi dan tidak terurus dengan tanggungjawab sebagai seorang suami. Tambahan ianya lebih sukar apabila mereka yang telah dikurniakan anak.

      Mungkin untuk option lain jika saudara ingin menjimatkan masa, saya cadangkan saudara mencari pekerjaan tetap sekarang ini, dan membuat pengajian separuh masa (part time) dalam waktu yang sama. Tempoh pengajian separuh masa biasanya paling awal anggaran habis pengajian adalah dalam 4 tahun setengah. Dalam tempoh ini, saudara boleh mengumpul lebih banyak wang (untuk perkahwinan) berbanding jika saudara bekerja tetap selepas tamat 3 tahun pengajian full time (yang mana saudara hanya sempat kumpul wang 1-2 tahun sahaja).

      Apapun, terpulang kepada keselasaan saudara untuk memilih option yang mana. Cuma sekali lagi dinasihatkan elakkan berkahwin sewaktu sedang dalam tempoh pengajian. Hanya sekadar pendapat saya. Terima kasih.

      Delete
  31. Saudara Firdaus Ferd, umur anda masih muda untuk berkahwin, masih ada masa untuk anda sambung belajar, dalam tempoh 3 tahun itu anda boleh tamatkan pelajaran dan dapatkan kerjaya, dan pada ketika itu umur anda baru 24 tahun. Anda bekerja selama 1 ke 2 tahun kumpulkan duit untuk perkahwinan anda. Umur anda 26 tahun masa yg ideal untuk berkahwin. Jika anda fikir kahwin dulu kemudian baru nak sambung belajar, tidak ramai yang berjaya melakukannya kerana komitmen selepas kahwin adalah besar.
    Mengenai kesuburan, jangan dibimbangkan kerana mengikut kajian kesuburan wanita mula berkurang apabila mencecah umur 45 thn ke atas. Kalau anda baca komen saya di atas, penulis pun kahwin sebaya dgn isteri pada usia 26 tahun dan kini ada 5 cahaya mata. Semuanya bergantung kepada kita bagaimana untuk menguruskannya disamping doa kepada Allah s.w.t.

    ReplyDelete
  32. saya fikry 21. Kekasih 25.tu mcm mne ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua jawapan ada pada anda, jika anda berhasrat macam tu tak der masalah. Yang penting anda tahun bagaimana nak menguruskan keluarga anda setelah kahwin nanti. Bunyi memang janggal.... tapi jika itu yang menjadi pilihan, boleh teruskan.

      Delete
  33. pndangan sy better kji blik sunnah . ade girl ckp umo 26 ke atas dah tua sgt . da brkarat . ade boy ckp umo 22 ke bwh mude sgt . ape bnde pon xde . cume nikahlah ikut kesuaian diri anda . jgn trlmpau rush sgt tkot makan diri . byk kes kawen awl konon nk elak zina, bru 2,3,4 taun da ptus sbb x ngam . byk yg kawen lmbt, tp dlm mse yg same byk bwt zina . kawen awal, rzeki anda dpt idup brsame psangan . kawen lmbt, rzeki anda tuk brbakti pd parent . lg2 prmpuan . hrgailah saat akhir anda sblm brkhwin tuk memuaskn hti org tua anda. ksimpulannye nikah lmbt /7 awal semue ade hikmah & klbihn . just doa & minte ptunjuk . tq

    ReplyDelete

www.flickr.com
More photos or video tagged with kahwin on Flickr