Semalam sempat mendengar ceramah Ust. Kazim di Astro dalam rancangan "Kalau Dah Jodoh". Banyak tips menarik yang boleh kita pelajari dalam kuliah tersebut dan sesuai didengar oleh orang yang bakal berkahwin dan juga yang dah lama berkahwin. Ada beberapa mutiara yang sempat saya simpan dan ingin berkongsikan dengan anda mengenai perkara-perkara yang menghalang KEBERKATAN semaa mengadakan majlis walimatulurus, antaranya:
1. Tiada hiburan yg melalaikan
Seringkali kita hadir ke majlis kenduri kahwin dan kita dihidangkan bukan sahaja dengan makanan yang lazat tetapi jugak dengan hiburan-hiburan yang tidak sepatutnya ada dalam satu majlis yg mulia itu, contohnya karaoke, tarian/joget dan lain2.
2. Tutup aurat
Sepatutnya tuan kenduri, pengantin dan juga tetamu yang hadir itu menutup aurat masing-masing. Kita dah hadir banyak kenduri kahwin, jadi kita tahu bagaimana keadaan masyarakat kita kan...
3. Tiada Bersanding
Upacara bersanding ini tiada dalam budaya Islam, ia datangnya daripada unsur yang lain. Hukum mempertontonkan isteri kita dikhalayak ramai adalah berdosa apatah lagi jika tidak menutup aurat. Kalau nak dilakukan juga, bersandinglah diwaktu malam yang hanya dihadiri oleh sanak saudara untuk ambil gambar sebagai kenangan sahaja.
4. Makanan sumber yg halal
Makanan yang dijamu kepada tetamu yang datang mestilah dari sumber yang halal.
5. Bersalaman Dengan Bukan Mahram
Biasanya bersalam ini dilakukan selepas kita menetung tawar. Kalau saudara kita tak per, tapi kalau orang lain yang tiada pertalian dengan kita (pengantin) dan tentu haram untuk bersalam.
Itulah antara yang sempat dikongsikan. Mungkin kita rasa KEBERKATAN itu tidak penting dalam majlis walimatulurus ini, tetapi apabila majlis kahwin itu diberkati, pengantin itu Insyaallah dapat hidup dengan bahagia hingga ke akhir hayat dan mendapat zuriat yang baik.Begitu juga sebaliknya.
Moga kita mendapat keberkatan dalam apa jua yang dilakukan...
0 comments:
Post a Comment