Mertua adalah sumber penting untuk kita dapatkan berhubung soal rumahtangga, kerana mereka lebih dulu hidup berumahtangga. Banyak pengalaman mereka yang boleh dikongsi sebagai panduan kepada anak menantu.
Kini bilangan wanita yang telah berumahtangga dan bekerja terus meningkat. Isteri yang bekerja juga ada masalah untuk dapatkan pembantu rumah untukjaga anak-anak. Jadi, biasanya mertualah yang membantu menjaga anak-anak.
Banyak kajian telah membuktikan bahawa hubungan baik dengan mertua boleh menyumbang ke arah mencapai kebahagiaan rumahtangga. Persoalannya bagaimanakah caranya untuk mewujudkan hubungan yang baik dan mesra dengan mertua kita?
Cara Mewujudkan Hungan Baik Dengan Mertua
Terdapat berbagai cara untuk mewujudkan hubungan yang baik dengan mertua, ntaranya:
1. Setiap pasangan tak boleh ada buruk sangka terhadap mertua.
2. Menantu harus menganggap dan melayani mertua seperti ibu bapa mereka sendiri.
3. Menantu perlulah menunjukkan sikap bertolak ansur dengan mertua.
Dengan cara ini segala masalah antara menantu dan mertua akan dapat diatasi dengan baik.
Berikut dikongsikan sedikit kelebihan dan kekurangan tinggal bersama mertua.
Kekurangan Tinggal bersama mertua
- Pergerakan terbatas. Tidak bebas untuk bergerak kemana-mana.
- Banyak pantang larang, biasa ler orang tua-tua. Jadi terpaksa ikut kadangkala rasa rimas.
- Kena tegur atau membebel…. Pekara biasa, kena sabar...
- Tak boleh keluar sampai malam, kalau balik lewat tidak menghormati mertua tu.
- Tak ada privacy dengan suami.
- Kalau dah ada anak, takut anak kita nakal dan rosakkan barang mertua, parah tu...
Kebaikan Tinggal bersama mertu
- Berbakti pada orang tua. Mertua sama je dengan ibu bapa kita.
- Sewa rumah tak perlu nak bayar. Tapi bil utiliti dan belanja dapur keluarkan lah duit sikit walaupun tidak diminta.
- Kena membebel…. Nasihat tu sebenarnya, anggap saja satu nasihat. Fikir positif je.
- Perabut rumah dan kelengkapan rumah tak perlu lah nak fikir.
- Berpeluang jadi menantu kesayangan. Best, kekadang dilayan bagai anak raja
- Boleh belajar banyak pekara. Orang tua yang makan garam dulu dari kita, pasti banyak ilmu yang akan di kongsikan.
- Kekadang tak payah susah nak masak. Sebab biasanya orang tua suka masak dan tak suka sangat nak makan kedai.
Semoga memberi manfaat pada semua...