Ketenangan Abadi

Sesungguhnya Isteri itu pakaian bagi suami dan suami itu pakaian bagi isteri

Isteri Ramping, rahsia rumahtangga...

Keratan akhbar mengenai isteri ramping...Jom kita baca sikit adakah ramping ini menjadi rahsia kesejahteraan rumah tangga atau.... Terima kasih ...

Jangan Dera Pengantin - Dr. Asri

Selalu kita dengar pengantin gemuruh untuk melalui upacara akad nikah, sebab apa, sebab lafaz akad itu yang agak susah, jika silap sikit kena buat lagi sekali. Lain negeri lain pula cara lafaznya. Berikut pendapat Dr. Asri mengenai cara lafaz ini. "Saya juga amat tidak selesa melihat tok kadi yang selalu mendera pengantin agar mengulang-ulang lafaz terima (ijab) ketika akad nikah kononnya belum sah. Akad itu digambarkan begitu sulit dan susah...

Majlis Malam Berinai Rozita Che Wan & Zain Saidin

Rozita Che Wan kelihatan anggun di majlis malam berinai yang diadakan di dewan N’Dah Shah Alam pada Selasa, Selain itu Che Ta turut mendapat perhatian hadirin di majlis berkenaan apabila menggayakan set barangan kemas tajaan Habib Jewels difahamkan keseluruhannya bernilai lebih 10 juta. Hebat... Pasangan ini dilihat mengenakan busana berwarna ungu gelap rekaan Rizman Ruzaini. Majlis berinai Rozita Che Wan dan Zain Saidin dihadiri seramai kira-kira...

Bagaimana Nak Pujuk Isteri yang Merajuk!!

Mengikut kajian, orang perempuan lebih sensitif dan mudah tersentuh hatinya dari lelaki. Maka tak hairanlah ramai para isteri diluar sana yang merajuk dalam mengharungi rumahtangga. Agaknya kenapa mereka merajuk yer...tentu ada benda yang mereka tak puas hati tu... Bila dah jadi macam ni, apa yang boleh suami buat untuk memujuk si isteri ni. Mulut dan mula muncung. Tangan mula bercekak, petanda awal Isteri merajuk, kalau hari-hari byk cakap, hari...

Perkahwinan Fizo dan Mawar

Perkenalan singkat yang terjalin antara pelakon lelaki popular Fizo Omar dengan Mawar Abdul Karim akhirnya menjadi kenyataan dan membawa ke jinjang pelamin. Tarikh keramat menjadi sejarah, 10 Nov 2013 pasangan ini telah dinikahkan oleh jurunikah Pegawai Tadbir Majlis Agama Daerah Hulu Langat. Mereka selamat bergelar suami dan isteri dengan sekali lafaz di kediaman keluarga Mawar di Country Heights semalam. Pasangan yang mengenakan persalinan...

Temuduga sebelum kahwin...

Ramai antara kita di luar sana berhajat nak berkahwin bila dah ada kerja, ada duit nanti yert tak. Sapa tak mau kahwin, rasanya semua orang nak kahwin. Jadi untuk berkahwin kena melalui pelbagai proses dan salah satu daripadanya ialah mengisi borang permohonan perkahwinan. Kedua-dua bakal pengantin perlu mengisi borang permohonan tersebut dan perlu menghantar sendiri borang tersebut kepada pejabat kadi berdekatan. Nah, masa inilah anda akan ditanya...

Hukum Bersanding - Dr. Asri

Bersanding merupakan adat yang dilakukan oleh sebahagian orang melayu kita sejak dulu sampai zaman sekarang ni, tapi boleh ke kita lakukan perkara ni dan apakah hukumnya jika kita melakukannya. Mungkin kita pernah dengar penjelasan dari beberapa orang tokoh agama. Kali jom kita dengar pencerahan dari Dr.Asri berkaitan hukum bersanding ini, boleh ke....tak boleh ke.... Moga dapat manfaat dari video ni... Terima kasih ...

Adakah pasangan anda sekufuk?

Mungkin kita selalu dok dengar orang selalu tu sebut perkataan sekufuk, tapi apa dia maksudnya. Senang cerita, sekufuk ni sepadan, sama padan dari beberapa sudut. Kalau tak sepadan tak boleh ker? Boleh, tapi kita digalakkan berkahwin dengan pasangan yang sekufuk supaya rumah tangga aman bahagia. Ia adalah hak seorang perempuan dan hak kepada walinya. Macam mana nak tau pasangan kita tu sekufuk ke tidak, nak tengok dari segi apa? Ada beberapa...

Ayat-ayat mengorat dari artis top Malaysia

Bagi yang bujang tak tau macam mana nak susun ayat untuk mengorat, jom kita tengok klip video dibawah macam mana artis tempatan menggunakan ayat power bila nak mengorat. Anda juga boleh ambil tip ni untuk memikat si dia yang anda suka, mana tau kot berkesan...Jom tengok video ni... Agak-agak ayat yg. mana satu jadi pilihan anda?? ...

Majlis Perkahwinan Fouziah Gous...

Tepat 21 September 2013 jam 9.42 mlm, Nor Fouziah Mohd Gous atau nama glamour Fouziah Gous telah selamat diijabkabulkan dengan ahli perniagaan Md Zhafran Md Yusof di majlis pernikahan mereka yang berlangsung di Dewan Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong Selangor. Mereka dinikahkah dengan mas kahwin sebanyak RM1112 serta wang hantaran berjumlah RM50,000. Majlis resepsi pengantin perempuan akan diadakan pada 29 september 2013 di Hotel J.W.Marriot,...

Ujian Pegetahuan Islam kepada bakal pengantin!

Bagi anda bakal pengantin yang belum tahu, bermula bulan Jun 2013 hari tu, semua peserta kursus praperkahwinan Islam dikehendaki mengikuti ujian tahap kefahaman pengetahuan asas agama Islam di awal dan akhir kursus. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, penambahbaikan dalam modul kursus praperkahwinan itu bertujuan mengukur pengetahuan peserta sebelum dan selepas mengikuti kursus mengandungi 11 tajuk itu. Insya-Allah,...

13 Petua Kebahagiaan Perkahwinan dari UAI

Banyak petua kalau kita tengok dalam internet ni, tapi petua dari UAI ini agak unik sedikit. Jom kita tengok apa petua untuk menentukan kebahagian sesebuah perkahwinan. 1. KETIKA MENCARI CALON Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita. 2. KETIKA MELAMAR Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali...

Tip menentukan jantina anak!!

Pasangan suami isteri boleh berusaha untuk menentukan jantina anak melalui pelbagai cara, namun jangan lupa semuanya ditentukan oleh Allah S.W.T. Namun menurut Dr Hamid, dengan izin Allah, tip ini 70% kebarangkalian untuk mampu mencapai kejayaan.  Para suami harus mengetahui anda adalah penentu dalam jantina anak-anak. Benih lelaki membawa kromosom X dan Y manakala benih wanita hanya membawa kromosom X. Gabungan kromosom X-X akan menghasilkan...

NikahKahwin bercuti hari raya...

Apa yang nak ditulis ketika ini dah tentu ada kaitan dengan hari raya, maklumlah, syawal akan datang sehari dua lagi. Sempena raya tahun ni, pihak kami ada menyediakan sampul raya tetapi ia agak terhad. Ini merupakan percubaan sahaja, laris sampul raya NikahKahwin.com ni. Ramai diluar sana tak sempat nak dapatkan sampul raya NikahKahwin.com tahun ni. InsyaAllah tahun depan, kami akan sediakan lebih sedikit dari tahun ni. Kami di blog SarungCincin...

Kenduri kahwin semasa cuti Hari Raya...

Kebiasaanya, bila tiba cuti sekolah pasti ada kenduri kahwin, kerana masa tu ramai yang bercuti dan seang sebab anak-anak tidak ke sekolah. Kebetulan cuti  Hari Raya tahun ini bertembung dengan cuti sekolah.  Hah...apa lagi raya sakan la tahun ni, mesti guru-guru dan pelajar beraya sakan sebab cuti panjang. Tapi bagi yang kerjayanya seorang guru, cuti raya tahun ni macam biasa, macam tahun-tahun lepas ler jugak. Pernah tak kita terfikir...

Perkahwinan Dato' Hattan dan Arianie

Tarikh 24 Julai 2013 adalah sejarah bagi Dato' Hattan dimana semalam telah berlangsung majlis pernikahan Dato’ Hattan dengan bekas bekas isterinya iaitu Aryani. Pasangan ini berpisah selama 10 tahun sebelum disatukan semula di Marriot Putrajaya semalam. Hattan dan isteri kelihatan segak dan jelita dengan busana sedondon berwarna kuning air. Tahniah kepada pasangan ini walaupun telah berpisah 10 tahun, tapi tidak mencari pasangan lain untuk peneman...

Abby Abadi Sah Isteri Kepada Farhan...

Segala spekulasi yang tersebar akhirnya menjadi nyata apabila Abby Abadi kini sah bergelar isteri kepada suaminya iaitu farhan seorang pemuda yang berusia diawal 20an. Menerusi laman twitter milik penceramah bebas politik ini lagi dia dan juga suami barunya sudahpun bernikah 12 hari lepas.Dijangka majlis perkahwinan mereka akan diadakan semasa bulan Syawal nanti. Bagaimanapun masih lagi memilih lokasi yang sesuai. Ujar Abby lagi “kami saling tidak...

Cinta Hakiki...

Sempena bulan yg mulia ini, penulis nak kongsikan sedikit kata-kata hikmah dari Imam Syafie kepada isterinya, supaya boleh dijadikan contoh dan panduan pada kita. Moga kata-kata ini dapat membantu kita mengenali cinta kepada makhluk dan cinta kepada maha pencinta. Imam Syafie pernah ditanya oleh isterinya, “Suamiku, apakah engkau mencintaiku?” Beliau menjawab, “Ya tentu saja, dirimu adalah sebahagian dalam hidupku.” Mendengar itu, isterinya...

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak...

Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-mubarak kepada semua yang membaca blog ini, moga ramadhan kali ini memperolehi keampunan dan rahmat dari Nya. Bulan puasa ni ada ka anda pernah denganr orang buat kenduri kahwin, saya tak pernah plak ler dengar. Kalau ada orang buat kenduri kahwin dibulan puasa ni, memang kena jaga sungguh ler pengantin tu, takut nanti terlajak, bahaya. Maklumlah benda baru...Kepada...

Suasa Majlis Pertunangan di Kampung Melayu Subang

Majlis pertunangan ini dilangsungkan pada 29 Jun 2013 lalu di Kampung Melayu Subang, majlis adik ipar. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar selancar lancar nyer. Sebab apa saya kata lancar kerana hanya mengambil masa 5 minit saja untuk pihak lelaki menyuarakan hajat dan terus dipersetujui oleh pihak perempuan tanpa sebarang bantahan. Kan mudah tu...Bila wakil sebut saja hantaran sekian byk, maskahwin sekian banyak dan tempoh pertunangan maksimum...

www.flickr.com
More photos or video tagged with kahwin on Flickr